|
Lawak... Malas |
Sabtu, Januari 31, 2009 |
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”
Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.” |
posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 4:10 PTG  |
|
|
Enam Soklan... |
|
Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185) Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya. Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat. Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. Sekian. |
posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 3:58 PTG  |
|
|
Waktunya Hampir Tiba Menjelma |
Rabu, Januari 21, 2009 |
Dalam leka ‘gengskoop’ (ganti nama bagi aku) bersama teman2 didalam dewan kuliah mendengar syarahan yang khusyuk disampaikan oleh Doktor Ibrahim, penglihatan ‘gengskoop’ tiba2 tersangkut pada satu sudut yang tertera ’18.1.2009’.
Terasa keresahan mulai timbul didada. Erm, sungguh cepat masa itu berputar memendekkan hari2 yang silih berganti hari demi hari.
Hari semalam yang kini tinggal kenangan terasa nikmatnya belum cukup puas dikecapi. Waktu yang kian berdetik pantas tiada menghiraukan sesiapa pun. Bukan kerana zalim! Tapi, amanahnya pada Pencipta Dunia ini. Menginsafi diri mengingati ruginya kehidupan semalam. Ah, yang berlalu biarkan ia pergi…..
Esok, ku cekalkan diri bersedia tempuhi tribulasi mendatang dalam hidup ini. Tiada arah dapat melarikan diri dari lumrah fitrah ini. Pastikan esok lebih matang dari hari semalam. Senyuman terukir menantikan saat kejayaan itu. Namun, itu hanya sekadar ilusi melakar perjalanan hidup.

Mampukah ‘gengskoop’ bersama teman2 mengharungi rintangan ini? Segunung doa dan harapan ditadah pada yang Esa pinta dikurniakan ketabahan. Kejayaan impian semua!
Ayuh Teman…..
Kita bangkit dari rebah.. Kita aturkan langkah usah biar tersungkur.. Kita gagahi langkah ini menuju destinasi impian ibu dan ayah tercinta. Kita perangi ‘malas’ yang menjadi musuh ketat sebuah kejayaan.

Lamunan kian asyik membayangkan apa yang bakal ditempuhi hingga membuang jauh diri ‘gengskoop’ dari dewan kuliah. Kelibat pensyarah yang segak berdiri dihadapan seakan kian kabur menghilang. Susunan kalam menerangkan subjek yang diajar, sayup kedengaran sepertinya ada sesuatu yang menutupi lubang telinga ini.
'Gengskoop’ terus meletakkan harapan agar 17th Generation akan terus mempertahankan perjuangan ini. Tiada noktah yang akan diletakkan pada pertengahan jalan. Selagi hayat dikandung badan, perjuangan tidak akan tunduk ditangan musuh. Musuh yang sentiasa memasang hasad dengki kepada kita. Janji setia ini akan menjadi benteng teguh pada perjuangan ini. Bisikan hati ini makin melabuh lamunannya….
Keresahan ini menimbulkan pelbagai tafsiran….
‘18.1.2009’ memberikan tanda warning waktunya hampir tiba menjelma. Hanya dalam beberapa minggu lagi saat yang ditunggu akan muncul. Saat itu, pelbagai persediaan diperlukan sebagai bekalan menghadapi gelanggang bertemu ‘musuhnya’.
Cemas dan risau akan menjadi mainan perasaan….
Usaha didahulukan… Tawakal dipanjatkan pada Ilahi….

Ikhtibar niha’i telah dijadualkan akan bermula 14.2.2009 bagi kitaorang yang mengambil takhassus dirasat islamiyyah di Universiti Sains dan Teknologi.
Kini, lembaran silam saat dibangku ma’had dulu bermain diingatan. Pelbagai skill dipamerkan menguji kehebatan masing2 bertarung saat gelanggang berhadapan musuhnya. Namun, apakah tindakan sebegitu akan terus menjadi tabiat walau sekalipun di alam Mahasiswa? Sungguh satu kelemahan andai itu diteruskan.

Betapa malangnya, kepenatan yang ditanggung ibubapa akhirnya dibalas sebegitu rupa! Sekalipun antara kita mendapat Sponser dari mana-mana badan kebajikan mahupun individu. Apakah ibubapa kita tidak meletakkan harapan terhadap anaknya?
Adakah sanggup kita melihat ibubapa gembira disebalik Sandiwara ni? Dan saat rahsia terbongkar, remuk berkecai harapan ibubapa. Oh, memang engkau anak yang tidak reti membalas jasa. Seumur hidup mu takkan jua mampu membalas kepenatan mereka membesar dan mendidik mu.
Hanya satu hadiah yang akan menggembirakan hati mereka. Kejayaan yang engkau miliki bukan dari hasil tipu helah mu! Usah menipu diri sendiri dan orang sekelilingmu… Usia muda memang menyeronokkan. Tapi, ingat bahawa kekadang ia akan membawa penyesalan yang berpanjangan dalam hidupmu.
Kesempatan masih terhampar luas dihadapan kita semua. Untuk seketika, kita tinggalkan ENJOY dengan memuraja'ah pelajaran dengan jadual yang tersusun. Perlahan kita berdayun dari sekarang asalkan selamat. Zaman ini, menugaskan kita mengutip segala mutiara hikmah demi kesejahteraan umat. Nasihat ini lebih dikhususkan buat diri ‘gengskoop’. Namun, ingin juga dikongsi bersama teman2 buat pedoman hidup.
Buat sahabat yang disayangi, fikirlah sementara peluang keemasan ni masih diberikan. Andai esok tidak dapat kita nikmati, penyesalan tiada berharga lagi!
P/s : Erm, ada lagi ke perangai bawa azimat masuk periksa? Hehehe, takde faedahnye buat gitu. Takat dapat kejayaan dengan pembohongan, esok-esok berhadapan soalan lisan dari masyrakat... Cube bagitahu camner nak jawab? Ha, baru tahu gelabah tak sedap duduk naj cari jawapan. Doa 'gengskoop',
Moga kita akan mendapat kejayaan dunia wal akhirat
 |
posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 12:48 PG  |
|
|
Lawak.... |
Sabtu, Januari 17, 2009 |
Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.
Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.
Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu.
Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru. Cikgu: "OK boy, did you get the words?" Budak: "Yes, teacher". Cikgu: "Good, what is your first word?" Budak:"Shut up you!!" Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are? Budak: "Superman !!!" Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!" Budak: "Ladies First!!" Thank you |
posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 12:59 PG  |
|
|
|
|