HOME | QURAN | TAFSIR | GAMBAR | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU
:: Facebook ::
Ahmad Furqan Raihana Syahirah

Create Your Badge
:: Facebook Permaya ::
PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA YAMAN

Promote Your Page Too
:: Lunak ::

:: Mari Mengingati Allah ::
:: Masa Kita ::
Waktu Yaman


Waktu Malaysia


Waktu Syria
:: Hari Ini ::
:: Kecoh ::


Online
website counter

Anda Yang Ke
:: INFORMASI ALTERNATIF ::

::WebTV::~Informasi Halwa Naluri~

TVPAS.com

Blog Presiden PAS

Ahli Parlimen PAS

Blog Pimpinan PAS

Jom Sertai PAS - PAS Untuk Semua


:: Isu Semasa ::
Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News Malay MailHARAKAH daily

:: Rangkaian TV ::
TV3TV9 dekat dihati NTV7GB | Grand Briliance
:: Another WEB ::

:: Akhbar Malizia ::
Dalam Proses
:: Bisness My Bro ::
BannerFans.com
:: Peace ::
Photobucket
:: Dictionaries ::
  • English-Arabic Dictionary
  • English-Malay Dictionary
  • :: Ceria Sokmo ::
    Photobucket
    :: Tazkirah ::
    Sedang Mengarang
    :: Hayya Nasma'u ::


    :: Update ::
    :: Lagi Pantun Raye ::
    Zahir dan batin maaf dipinta,
    Hadirnya Syawal membawa keriangan,
    Pesan buat keluarga tercinta,
    Kami yang jauh dilupa jangan
    :: Live Traffic Feed ::
    :: Tukar Mata Wang ::

    Tukaran Wang Asing pada
    waktu semasa ialah

    Unit

    Daripada

    Kepada



    :: Search ::
    Search in Quran
    Search:
    Download Free Code
    www.SearchTruth.com
    Search in Hadith
    Search:
    in
    Download Free Code
    www.SearchTruth.com
    :: Update ::
    Coming Soon.
    Jejak Yang Terus Diikuti
    Ahad, Mac 29, 2009
    Dikegelapan malam, keheningannya makin lunak membuai mimpi-mimpi indah mencipta ilusi keasyikan. Hari esok akan menjenguk datang dan hari yang berlalu akan terus dikenangi pahit manisnya. Dan dunia kian asyik meniti usia senjanya. Hanya menanti saat ajalnya dipanggil mengadap.

    Dan aku kembali dengan persis kata yang akan ku ukir agar menjadi ungkapan buat celoteh diruangan ini. Mengiringi celoteh ku yang terdahulu. Memenuhi kekosongan yang berbaki. Jari jemari mulai mempamerkan kelincahannya menari diatas keyboard laptop kepunyaan teman serumah. Mengimbas semula saat suka-duka bersama.

    Fikrah penulis kembali bermadah.

    Musim yang berlalu mengamit memori menguntai kenangan. Ranjau berduri telah kita tempuh, tabahi hidup di perantauan. Sering terimbau sewaktu bersama. Senda gurau manis bicara.Detiknya masih segar dalam ingatan.

    Masa yang mencemburui kita ini sering kali menyempitkan jarak tempoh antara kita untuk terus bermesra dalam ukhuwah.

    Muhamad Amin Ismail atau lebih tersohor dengan jolokan Hj Amin rata-rata dikalangan junior di Bumi Iman dan Hikmah ini bakal mengulangi jejak langkah mereka yang terdahulu. Tempoh berjuang disini agaknya sudah tamat buat mereka. Seruan pulang menantikan mereka dengan pelbagai tugasan yang akan ditabur pabila tiba di Tanah Air.

    Sempat aku kenalinya dalam tempoh yang agak singkat ini seorang insan yang begitu teliti dalam tiap apa yang bakal dilaksanakan. Kepentingan ramai sering dititik beratkan.

    Selasa malam Rabu.

    Pentas dunia tiada henti menceritakan kisah yang tiada kesudahan. Hanya satu yang akan mengakhiri segalanya. Watak dan pelakon sering bertukar rupa. Namun, kadang-kala skripnya hampir menyamai ceritanya yang terdahulu. Menggambarkan hidup ini ada sesuatu yang harus kita persiapkan untuk menghadapinya.

    Dicelah kelapangan yang terluang itu, Krew Unit It PERMAYA sempat mengadakan perjumpaan khas bersama seluruh ahli jawatankuasanya sempena kepulangan Hj Amin yang merupakan penasihat unit it yang dilantik bagi menggantikan penasihat terdahulu. Kini, jawatan itu kosong tiada ganti. Sedih pilu kembali menyeliputi dihati.

    Malam itu, Hj Amin sempat meninggalkan kepada kami wasiat yang bernilai sebagai pedoman dihari muka. Moga kehadiran masyarakat Malaysia di bumi barakah ini tidak dipersiakan. Susun atur kata yang cukup menusuk halus kedalam jiwa menyatakan keikhlasan itu terbit dari dalam jiwanya.

    Hj Amin, insan yang banyak berkongsi pengalaman. Lokek menyampai nasihat dan pandangan tidak baginya. Sungguh lembut dan hikmah setiap kata yang diucapkan. Cukup berhati-hati agar tiada yang tersinggung.

    Selesai bertukar idea. Sesi bergambar menjadi agenda seterusnya. Krew Unit IT PERMAYA masing-masing bergaya dengan baju bertugas mereka. Dalam riang, rupanya ada hati yang meronta kesedihan. Merintih atas perpisahan ini. Begitulah membuaknya persaudaraan yang terjalin ini.

    Bagi aku tiada yang lebih membahagiakan dari sebuah pertemuan lantas terbina darinya jalinan ukhuwah. Sekalipun perpisahan tetap mengakhirinya. Namun, kasih islamiyyah dalam berukhuwah tiada meletakkan noktah. Bahkan akan tetap terus bercambah. Akar persaudaraan makin mencengkam erat.

    Bulan menjadi saksi keakraban kami.

    Senda gurau menjadi senjata dalam kami memperkukuhkan ukhuwah. Tidak kami persiakan peluang yang masih berbaki. Gelak tawa meriuhkan sepi yang sering menghuni rumah PERMAYA baru.

    Musafir perjuangan.

    Begitulah hidup perantau. Sampai janjinya akan pulang menemui Tanah Air. Berjuang memanfaatkan hidup. Menabur dan menanam benih-benih mutiara kutipan yang terpungut. Datang dan pergi akan silih berganti. Tiada yang bersifat kekal pada makhluk.

    Terasa jiwa kembali dibebani kesedihan. Hanya beberapa detik lagi tangan ini akan melambai ucapan selamat tinggal kepada Hj Amin. Setelah laluan itu dilangkahi masuk, kelibat itu yang terakhir akan dilihat. Jika hayat masih sudi menemai jasad, mungkin masih ada peluang untuk terus bersua. Kalau tidak, ingatilah dalam setiap doa dalam solatmu.

    Perjalanan ini masih jauh menempuh ranjau dunia. Pergilah kau berjuang! Sekalipun saat ini kami masih memerlukan mu. Mendahagakan secebis lontaran nasihat yang bakal ku dengari. Ku harap kita akan saling berutusan menukar khabar. Bagai semalam kita bersama dengan teman-teman. Ku nampak air muka teman berat merelakan pemergian sahabatnya.

    Beberapa jam yang lalu, selesai saja kuliah di UST (Universiti Sains & Teknologi) aku terus melajukan langkah bersama Mohd Fadhli Rahmi bin Zulkifli (merupakan Pengarah Unit IT sesi ini) ke rumah Hj Amin. Ada jemputan mengajak ke sana. Barang kali orang umahnya mengadakan sedikit jamun.

    Betul sangkaan ku. Jamuan disediakan dirumah itu. Oh, kenyanglah perut aku kali ni. Senang! Tak usah aku fikir lagi dimana nak melahap tengahari ini mengisi kekosongan perut sejak pagi lagi. Setelah menguyah lauk pauk didalam dulang itu. Terasa keenakannya bukan sembarangan yang masak.

    Ya, betul! hidangan itu disediakan oleh Hj Amin. Oh, rupanya inilah terakhir kalinya dapat aku rasai juadah yang disediakan oleh Hj Amin. Erm, aku akan rindui masakan ini. Dan akan terus mengidaminya. Seloroh hatiku.

    Hj Amin memang diketahui umum kehebatan dalam masakannya. Cukup menyelerakan siapa yang merasainya. Chef tersohor dikalangan kami.

    Pegawai mendekati sekelompok masyarakat.

    Tanpa sedar waktu berbaki semakin menyempit. Waktunya sudah tiba untuk check in. tiada dilengahkan lagi, terus saja sahabat-sahabat melaksanakan tradisi wida’. Bersalaman dan berpelukan. Kedengaran ditelinga kata-kata azimat yang ditinggalkan Hj Amin buat sahabat-sahabatnya.

    Berderau darah yang mengalir dalam urat saraf. Memaksa dilepaskan pelukan perpisahan. Tiada yang dapat menipu pilunya dalam jiwa.

    Selamat bermusafir & selamat berjuang ku ucapkan kepadanya.


    Ahmad Furqan b. Hj Ismail
    Krew Unit IT PERMAYA
    Sesi 2008/2009
    27 March 2009 – Jumaat
    12.00 am

    (www.gengskoop.blogspot.com)

    Dipetik dari website rasmi PERMAYA (http://www.permaya.org)
    posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 6:16 PTG   1 comments
    Patah Tumbuh Hilang Berganti
    Selasa, Mac 03, 2009
    Salam buat semua teman seperjuangan, ku hulurkan buat pembuka bicara ini. Salam pertemuan untuk madah yang kembali bersua dipersada ini. Salam kemaafan dipohon lantas 10 jari jemari dihulur mohon disambut dengan sebuah kemaafan dari teman-teman andai sekiranya diri ini pernah berdosa pada kalian atau artikel (yang lepas, sedang dan yang akan datang) menyinggung hati dan perasaan teman-teman yang amat aku kasihi.

    Tidak dilupakan kalimah syukur dipanjatkan kepada RABBUL IZZATI kerana masih mengurniakan peluang pada saat ini untuk kita meneruskan perjalanan yang masih berbaki sebelum sampai ke DESTINASINYA.

    ALHAMDULILLAH, seperti yang dijanjikan sekembalinya kami dari medan peperangan. Berjuang demi mengukir sebuah kemenangan sebagai hadiah untuk mereka yang berkorban demi melihat kami berjaya dalam hidup.

    Setelah hampir dua minggu bertungkus-lumus bersama teman-teman berhadapan dengan saat genting, berjuang memerah otak menempuhi rintangan dan halangan yang bersenjatakan pen. Peperiksaan akhir semester pertama selamat ditempuhi bagi kami yang menuntut di Universiti Sains dan Teknologi dalam Fakulti Pengajian Islam Tahun 2.

    Kini, pena penulisanku akan kembali ‘berjoget’ rancak diatas ruangan kosong untuk sama-sama dikongsi dengan teman-teman yang lain. Moga ukhuwah antara kita akan terus dipayungi dibawah rahmat ILAHI.Debaran yang buat sekian lamanya berlubuk dalam jiwa kini terasa degupannya kian berkurangan. Namun, kebimbangan masih berbaki menantikan natijah yang bakal dilekatkan pada dada papan kenyataan. Ribuan mata yang akan menjadi saksi pada perjuangan kami.

    Moga ALLAH berikan sebuah kejayaan untuk kami dan teman-teman yang lain. AMIN!

    Disatu sudut ku menyendirikan diri dari khayalak ramai menyaksikan keagungan ciptaan SANG PENCIPTA. Sungguh agung ciptaannya. Sungguh indah aturan hidup yang dikawalNya. SUBHAANALLAH, bibirku mengucapkan kalimat keramat ini mengagumi kebenaran AyatNya.

    Hrm…. Sepanjang pena ini diam dari bermadah. Pelbagai kisah hidup berlangsung menunaikan janji yang tercatat di Luh Mahfuz.

    Ingin ku kongsikan sebuah perjuangan dan pemergian seorang yang bagiku cukup dihormati dan disegani. Seorang yang telah banyak mengorbankan kesenangan dirinya demi kepentingan masyarakat sekelilingnya. Hanya lafaz ‘Terima Kasih’ ini saja dapat ku ucapkan padanya dan sebuah doa agar dilimpahkan rahmat dan kebahagian dalam meneruskan perjuangan hidup di Tanah Air bersama pasangan hidup yang bakal diijab kabulkan! Selamatlah menikmati kebahagian buat kalian berdua.

    Tatkala perkarangan Lapangan Terbang Sana’a dibanjiri dengan kehadiran rombongan yang meraikan pemergian seorang perjuang, ku melihat sahabat-sahabat menantikan gilirannya untuk bersalaman serta berpelukan mengucapkan selamat tinggal padanya. Terdetik dalam hatiku berbisik seorang diri mengagumi hebatnya perjuangannya. Rasa bangga timbul dalam hati melihat seorang kepimpinan sepertinya. Beruntung ibu dan ayahnya!

    Namun, kesedihan tidak dinafikan dapat dilihat saat manusia melambai selamat tinggal air mata mengalir membasahi pipi teman-teman yang masih punyai tanggungjawab disini. Sungguh pemergian ini cukup memilukan.

    Dan aku berdiri kaku mengingati kembali saat-saat insan yang banyak berjasa kepada PERMAYA (Persatuan Pelajar Malaysia Yaman) melalui laluan itu. Kerinduan ini kembali mengingati saat berjuang bersama mereka. Kenangan itu akan ku genggam erat dalam memori hidup ini.

    Dulu, seorang penasihat Unit It yang lebih mesra bagiku dengan panggilan Bro Ayub, juga turut mengikuti jejak langkah itu. Seorang yang bertahun-tahun tidak jemu menaikkan nama PERMAYA dialam siber. Yang juga merupakan sifu yang banyak mengajarku tentang penulisan didalam blog ni.

    Itulah warna-warni kehidupan ini. Ada yang datang dan ada yang pergi meneruskan saki-baki hidup ini. Teradisi adat hidup manusia ini akan diteruskan selagi bumi ini masih kukuh sebelum saat hancurnya tiba. Masih ku ingat pesanan penasihat PERMAYA sebelum berangkatnya pulang ke Tanah Air yang juga lebih mesra dengan panggilan Bro Zulk. Dia berpesan kepada ku didalam pesanan ringkas SMS secara berkias “Patah tumbuh hilang berganti.”

    Mengisyaratkan kepada generasi baru disini agar meneruskan kesinambungan perjuangan di Bumi Iman & Hikmah.

    Selamatlah menghadapi rintangan dan mehnah-mehnah dunia fana ini dengan bersulamkan keimanan, kesabaran dan ketabahan ku ucapkan buat semua tentera-tentera ALLAH yang sedang berjuang.
    posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 11:55 PTG   0 comments
    :: Pengumuman ::
    Buat Pengunjung Semua, sebarang cadangan,komentar, atau artikel yang hendak di kongsi. Bolehlaa menghantarnya melalui email : naqruf_njang89@yahoo.com.my. Terima Kasih
    :: About Me ::



    Name: Ahmad Furqan Bin Hj Ismail
    Home: Syari' 30, Sana'a, Yemen
    About Me: Anak kelahiran Bumi Kenyalang (Sarawak). Dan kini menetap di Terengganu. Telah berumahtangga dan mempunyai dua orang cahaya mata. Masih menuntut di Universiti Sains & Teknologi, Yaman.
    See my complete profile
    :: Artikel Ku ::
    :: Archives ::
    :: Rangkaian Web ::
    :: Powered by ::
    Permaya Online

    BLOGGER

    :: Nasib Ummat ::
    Tinta Pena Ini Mengajak Kita Bermuhasabah
    Bukan Menuding Jari
    Tinta Pena ini Untuk Memberi Sedikit Semangat
    Untuk Islam Melangkah Kehadapan Penuh Kebanggaan Menuju Kegemilangan
    Aku Hairan Kemana Perginya
    Pewaris Perjuangan Suci
    Sedangkan Terlalu Banyak Institusi Pengajian Islam
    Yang Mendambakan Akan Lahir Pejuang Terhormat
    Membela Agama Islam
    Kemanakah Mereka Menghilang???
    :: Segalanya Disini ::
    Tunggu Dulu
    :: Slide Show ::
    :: Waktu Solat ::




    :: Update ::
    Coming Soon
    :: Warning ::
    Photobucket
    :: Update ::
    Akan Datang