Setinggi rasa kesyukuran dipulangkan kepada
Allah SWT, Tuhan yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Lautan selawat bersalut salam penuh kecintaan dipersembahkan buat Utusan-
Nya,
Muhammad bin Abdullah SAW. Juga buat ahli keluarga baginda yang mulia, barisan sahabat baginda yang diredhai, seterusnya kepada para penyambung perjuangan Tauhid seluruhnya
ila Yaumil Qiyaamah.
Alhamdulillah, sekali lagi pena ini mengungkap kalimah suci menandakan betapa syukurnya luahan dari hati menerima peluang yang berkesempatan ini bagi mencoretkan kisah-kisah dunia yang telah berlalu. Bagaikan semalam baru bersua pena di sini. Namun, hakikatnya kita sudah lama tidak bertegur sapa dan menyapa khabar sampaikan teratak yang usang kian bertambah rawangnya.
Maafkan ku kawan, dek kerana kesempatan yang terlalu sempit disisi aku tidak mengizinkan untuk tarian pena mempamerkan kelincahannya. Hinggakan ada persolan tercetus dek aku yang seakan sibuk bangat dengan tugasan menyoal tentang kesepian aku itu. Kawan, kini aku kembali dipersada coretan siber buat tatapan kengkawan yang aku kasih dan sayang semuanya.
Oh ya.... Sebelum kita berceloteh panjang, ingin aku mengingatkan kembali kita akan Tahun Baru Hijri yang telah berlalu. Erm, kengkawan semua macam mana
? Dah pasang azam baru
? Baguslah kalau semua dengan persedian yang lengkap..
Begitulah jua aku yang di sini....
1 Muharram 1431H menjadi sempadan baru buat aku. Titiik baru untuk menyiapkan diri ku mengharungi dunia yang bakal ku lalui. Masih bermain difikiran, sinarkah atau gelap yang menjadi laluan hidupku
? Erm... Kita berusaha, berdoa dan bertawakal pada
Allah. Mohonnya agar diperlapangkan segala laluan dan dipermudahkan segala urusan duniaku ini. Kita merancang, namun
Allah jualah sebaik perancang. Ditangan-
Nyalah segala ketentuan.
Ntah dari mana hendak aku mulakan langkah bicara menyusun lembaran episod drama hidup sandiwara yang telah dipertontonkan di pentas dunia ini. Al-maklumlah pena ini dah lama bertapa dari sebarang catatan diary menyusuri perjalanan hidup. Terasa sedikit kekok dalam mencari cetusan idea. Namun dengan daya yang semampu boleh akan ku cuba menyelesaikan demi kepuasan kengkawan sekalian.
Diulang balik hari-hari yang ku lalui, ada saje usikan dari kengkawan memecahkan sepi dengan gelak tawa mereka yang menyakat aku. Terasa besar aja kepala ni dek menahan malu. Apa taknya, cukup saja modal mereka mengeluarkan saham mengusik aku yang dah kehilangan dalam kata.
Erm, tak lupa juga kengkawan yang bersalaman lantas menuturkan ucapan tahniah buat diri ini. Hanya senyuman yang mampu ku balas. Nampaknya, kengkawan juga turut berkongsi gembira dengan berita yang mereka dengar sesuatu tentang diriku.
Ya, berita gembira untuk aku & kongsian bersama kengkawan.
Ya, status dunia ku kini menerima kenaikan pangkat. Majlis yang sederhana namun tetap meriah selesai terlaksana. Bibir memuji Yang Esa, Alhamdulillah.
Hari yang bakal aku susuri kelak adalah sebagai
tunangan kepada seorang
gadis pilihan hati. Sungguh, aku kini bergelar tunangan orang... Bukan lagi anak muda bujang. Tanggal
1 Muharram 1431H itulah menjadi titik permulaan bagi alam baru yang aku akan tempuhi. Diiring dengan 5 dulang hantaran bersama rombongan lelaki disambut dengan wajah yang ceria berserta 7 dulang sebagai balasan daripada pihak perempuan. Si gadis tersipu malu saat majlis menyarung cincin dijalankan. Malu tapi mahu... Hehehehe “,)
Raihana Syahirah gerangan nama bagi gadis pilihan yang bakal menemani taman hatiku sebagai penawar rindu. Hadirnya dalam hidup sebagai bidadari yang terlalu cukup dicintainya. Dunia mula berubah posisi, saat bersama terasa begitu deras berputar. Saat berpisah, bagai nak qiamat dunia ditunggu berlalu. Begitulah ungkapan bagi
sang bercinta.
Lalu, direndahkan diri penuh kehambaan memanjat kesyukuran ke
Hadrat Ilahi atas anugerah pemberian
Nya ini. Hati yang terlalu gembira sujud bermunajat ke
Hadrat Ilahi.
“Ya Allah, andaikan ini jodoh yang telah engkau tetapkan ke atas kami maka, permudahkanlah segala urusan kami. Izinkanlah kami bersatu dalam cinta-Mu Ya Allah. Restuilah cinta kami ini Ya Allah dengan barakah-Mu agar kami sentiasa di bawah lembayung peliharaan-Mu Ya Allah".
Bersambung....
hai