Setinggi rasa kesyukuran dipulangkan kepada Allah SWT, Tuhan yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Lautan selawat bersalut salam penuh kecintaan dipersembahkan buat Utusan-Nya, Muhammad bin Abdullah SAW. Juga buat ahli keluarga baginda yang mulia, barisan sahabat baginda yang diredhai, seterusnya kepada para penyambung perjuangan Tauhid seluruhnya ila Yaumil Qiyaamah.
Alhamdulillah, sekali lagi pena ini mengungkap kalimah suci menandakan betapa syukurnya luahan dari hati menerima peluang yang berkesempatan ini bagi mencoretkan kisah-kisah dunia yang telah berlalu. Bagaikan semalam baru bersua pena di sini. Namun, hakikatnya kita sudah lama tidak bertegur sapa dan menyapa khabar sampaikan teratak yang usang kian bertambah rawangnya.
Maafkan ku kawan, dek kerana kesempatan yang terlalu sempit disisi aku tidak mengizinkan untuk tarian pena mempamerkan kelincahannya. Hinggakan ada persolan tercetus dek aku yang seakan sibuk bangat dengan tugasan menyoal tentang kesepian aku itu. Kawan, kini aku kembali dipersada coretan siber buat tatapan kengkawan yang aku kasih dan sayang semuanya.
Oh ya.... Sebelum kita berceloteh panjang, ingin aku mengingatkan kembali kita akan Tahun Baru Hijri yang telah berlalu. Erm, kengkawan semua macam mana? Dah pasang azam baru? Baguslah kalau semua dengan persedian yang lengkap..
Begitulah jua aku yang di sini.... 1 Muharram 1431H menjadi sempadan baru buat aku. Titiik baru untuk menyiapkan diri ku mengharungi dunia yang bakal ku lalui. Masih bermain difikiran, sinarkah atau gelap yang menjadi laluan hidupku? Erm... Kita berusaha, berdoa dan bertawakal pada Allah. Mohonnya agar diperlapangkan segala laluan dan dipermudahkan segala urusan duniaku ini. Kita merancang, namun Allah jualah sebaik perancang. Ditangan-Nyalah segala ketentuan.
Ntah dari mana hendak aku mulakan langkah bicara menyusun lembaran episod drama hidup sandiwara yang telah dipertontonkan di pentas dunia ini. Al-maklumlah pena ini dah lama bertapa dari sebarang catatan diary menyusuri perjalanan hidup. Terasa sedikit kekok dalam mencari cetusan idea. Namun dengan daya yang semampu boleh akan ku cuba menyelesaikan demi kepuasan kengkawan sekalian.
Baca lagi » |