HOME | QURAN | TAFSIR | GAMBAR | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU
:: Facebook ::
Ahmad Furqan Raihana Syahirah

Create Your Badge
:: Facebook Permaya ::
PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA YAMAN

Promote Your Page Too
:: Lunak ::

:: Mari Mengingati Allah ::
:: Masa Kita ::
Waktu Yaman


Waktu Malaysia


Waktu Syria
:: Hari Ini ::
:: Kecoh ::


Online
website counter

Anda Yang Ke
:: INFORMASI ALTERNATIF ::

::WebTV::~Informasi Halwa Naluri~

TVPAS.com

Blog Presiden PAS

Ahli Parlimen PAS

Blog Pimpinan PAS

Jom Sertai PAS - PAS Untuk Semua


:: Isu Semasa ::
Berita HarianBaca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News Malay MailHARAKAH daily

:: Rangkaian TV ::
TV3TV9 dekat dihati NTV7GB | Grand Briliance
:: Another WEB ::

:: Akhbar Malizia ::
Dalam Proses
:: Bisness My Bro ::
BannerFans.com
:: Peace ::
Photobucket
:: Dictionaries ::
  • English-Arabic Dictionary
  • English-Malay Dictionary
  • :: Ceria Sokmo ::
    Photobucket
    :: Tazkirah ::
    Sedang Mengarang
    :: Hayya Nasma'u ::


    :: Update ::
    :: Lagi Pantun Raye ::
    Zahir dan batin maaf dipinta,
    Hadirnya Syawal membawa keriangan,
    Pesan buat keluarga tercinta,
    Kami yang jauh dilupa jangan
    :: Live Traffic Feed ::
    :: Tukar Mata Wang ::

    Tukaran Wang Asing pada
    waktu semasa ialah

    Unit

    Daripada

    Kepada



    :: Search ::
    Search in Quran
    Search:
    Download Free Code
    www.SearchTruth.com
    Search in Hadith
    Search:
    in
    Download Free Code
    www.SearchTruth.com
    :: Update ::
    Coming Soon.
    Nostalgia Bersama Seorang Ibu
    Jumaat, Mac 21, 2008
    Mak...
    Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari
    Dah hampir sepuluh tahun mak pergi
    Rasanya baru semalam mak peluk kita kan
    Sejuk syahdu masih terasa lagi ni...

    Mak tau tak...
    10 tahun yang lalu, itulah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni
    Sejak kita dewasa...
    dan itu juga terakhir kali nya.
    Emm..rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
    Nak tinggalkan anak mak...
    Nak tinggalkan dunia fana ni...
    Mak macam dah sedia...

    Seminggu sebelum tu..mak dah menganyam tikar mengkuang 2 helai...
    Akak kata, sampai ke pagi mak anyam tikar tu...
    Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
    Kita pun rasa hairan...
    Mak tak pernah buat begitu...
    Lepas itu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
    Tapi mak seolah-olah tak sedar
    Bahawa rancangan radio tu siaran orang asli...
    Kekadang siaran Indonesia...
    Mak terus tekun menganyam...
    Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu
    Di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

    Lepas itu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
    Lepas itu mak jemur karpet-karpet...
    Lepas itu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong...
    Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...

    Paling menarik sekali...
    Mak bagitahu kat mana semua duit dan barang kemas mak.
    Ada kat dalam almari...
    Ada kat dalam beg...
    Ada dalam ASB...
    Ada kat dalam Tabung Haji...
    Mak cakap tak berapa cukup lagi...
    Ada kat dalam gulung tikar...
    Masa tu mak perasan tak..??
    Kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar...
    Kita kata mak ni memang ‘pesen’ lama laaa...
    Mak cuma gelak saja...
    Eemm..bahagianya saat itu...

    Mak...
    Hari tu hari Isnin, 16/12/1996...pukul 10 pagi
    Kita kat sekolah lagi masa tu...
    Tiba-tiba nampak Pak Usu datang jumpa cikgu
    Pak Usu suruh balik
    Pak Usu kata, mak dengan abah tunggu kat rumah
    Bila tanya kenapa
    Pak Usu kata mak dengan abah kena pergi jauh

    Bila sampai rumah tengok orang ramai
    Takkan ada kenduri...
    Hati kita dah tak sedap bila tengok sume orang nangis
    Rupanya mak dengan abah memang pergi jauh
    Kita tak sempat minta maaf
    Kita tak sempat makan sambal mak
    Kita tak sempat nak senyum dengan mak lagi
    Semua kita tak dapat buat

    Kita tinggal seorang saja mak
    Kita nak pergi sekolah bagaimana ye
    Siapa nak jaga kita?
    Nenek peluk erat-erat
    Nenek kata, lepas ni tinggal dengan nenek
    Nenek boleh jaga

    Bagaimana nenek nak jaga
    Nenek pun tak boleh jalan
    Kita jaga nenek ke nenek yang jaga kita?

    Patutlah mak buat tikar
    Kita tak boleh nak iring sampai kubur..kita tak boleh nak diri...
    Mungkin kita dah tak ada kudrat
    Sume orang nangis simpati
    Tapi..kita lagi nangis tak henti.
    Mak tak nampak ke kita tengah nangis?

    Mesti mak nampak semua tu kan...kann..kannn?
    Mak tau tak...
    Rumah kita dah kosong...
    Sekosong hati ini...
    Terasa syahdu dan sayu begitu..dinginnn...

    Mak...
    Kita masih ingat lagi...
    Kita baca Al-Quran kat tepi mak..temankan mak...
    Jam 11.00 pagi mak dimandikan...
    Kita gosok kaki mak perlahan-lahan...
    Mak perasan tak..?
    Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita...
    Dia kata..

    "Dik, jangan nangis...
    Kalau sayang mak, jangan buat begitu..jangan nangis ya.."
    Bila makcik tu kata begitu...
    Lagi la laju air mata ni...
    Tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak...

    Mak...
    Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
    Anak ini tengok mak...
    Menatap wajah mak buat kali terakhir...
    Semua orang kata mak seolah-olah senyum saja...
    Mak rasa tak..masa tu kita sentuh dahi mak...
    Kita rasa sejuk sangat dahi mak...
    Kita tak mampu nak cium mak..kita tak daya...
    Kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
    Air mata kita tak boleh tahan...
    Mak mesti ingat kan yang anak mak ni tinggal seorang juga

    Dulu masa abang dan adik pergi jauh tinggalkan kita
    Mak peluk kita erat-erat
    Seolah memang takkan berpisah...
    Bila mak pergi jauh
    Nenek pulak peluk kita erat-erat

    Tapi bila nenek pergi jauh ikut mak...
    Kita peluk tiang seri rumah nenek erat-erat...
    Sebab tak ada orang nak peluk kita dah

    Mak...
    Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
    Badan kita terasa panas...
    Mak..anak mak yang seorang ni demam...
    Mak tau..kita tak boleh nak melangkah mak...
    Kita tak ada tenaga walau kita masih muda lagi

    Mak...
    Hari-hari kita lalui tanpa kewujudan mak lagi...
    Begitu terasa kehilangan mak..boleh kata...
    Setiap malam, selepas Maghrib anak mak ini berendam air mata...
    Dan sampai satu tahap..masa tu malam Jumaat selepas Maghrib...
    Selepas kita baca Yasin...
    Entah kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar-gambar mak
    Lepas itu apa lagi...
    Semakin kita tenung terasa semakin sayu...
    Tangisan tak dapat dibendung...
    Mak tau..kita cuba bertahan...
    Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...

    Kita rasa nak telefon mak...
    Nak cakap dengan mak...
    Anak mak yang ni dah tak betul kan..???
    Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon rumah mak...
    Tapi bukan mak yang angkat..perempuan lain yang cakap
    Cuma dengar, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan
    Asyik-asyik perempuan itu saja yang jawab
    Tapi memang kita tahu telefon rumah mak dah kena potong

    Kita cakap dalam hati kita saja.."tak baik lah nangis saja..doa lah untuk
    mak..nanti kalau gini saja mak yang susah kat sana.."
    Dan akhirnya kita juga nangis...
    Agaknya mak nampak adegan tu...
    Sebab malam Jumaat, kata orang roh balik rumah...
    Mengharap sedekah daripada anaknya...
    Tapi kita dah tak duduk rumah mak tu lagi
    Mak nampak kita jugak ke?

    Mak tau tak..di saat itu kerinduan terasa
    menusuk sehingga ke huluYouTube-Competitors hati...
    Rasa nyilu sangat...
    Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit
    dalam dada ni...
    Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
    Hanya sedekah al-Fatihah
    Kita berikan...

    Mak...
    Sampai takat ini surat ni kita tulis...
    Kita nangis ni...
    Ni kat dalam bilik..baru pukul 5 pagi...
    Tak ada orang yang bangun lagi...
    Memang takkan ada sebab kita memang duduk sendiri
    Dah 10 tahun duduk sendiri mak...
    Kita dengar nasyid tajuk ‘Selimut Putih’
    Kita sedih..kita rindu kat mak..!
    Tak apalah..nanti bila kita selesai sembahyang Subuh...
    Kita baca Yasin untuk mak...
    Mak tunggu ya...!

    Mak...
    Cukuplah sampai sini dulu...
    Kita nak pergi kuliah subuh...
    Selalunya, kalau malam Jumaat kat kampung...
    Kita dengan mak jalan kaki pergi masjid
    Ada ceramah agama dengan Ustaz Yaacob
    Ustaz Yaacob pun dah pergi jauh juga 2-3 tahun lepas...
    Kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak...
    Esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula...
    Mula-mula kita tak tau nak hantar mana surat ini...
    Jadi kita simpan saja buat kenangan...

    Kita cuma tau alamat ni saja...
    Tak mengapa ye mak..kita kasi orang lain baca...
    Kita stop dulu...

    Akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH...
    Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita...
    Memberi seluruh kasih sayang dari kecil
    Sampai masuk sekolah...
    Impian mak nak suruh kita masuk unibesiti tercapai mak
    Anak mak ini berusaha mak, untuk teruskan hidup sorang-sorang
    Tapi tak apa..kita masih ada DIA

    Lupa nak beritahu mak
    Kita dah dapat naik kapal terbang
    Kita dah rasa duduk kat negara orang...
    Semua itu sebab saya nak cari rezeki yang halal mak...

    Sampai akhir hayat ini...
    Jasa mak tak akan mampu kita balas...

    Sekian, terima kasih.

    Yang Benar,
    ~Anak mak yang seorang~

    Pesanan :

    Hargailah kewujudan mak kita
    Hargailah segala pengorbanan mak
    Berbaktilah selagi mereka masih hidup
    dan jangan sesekali membantah
    segala suruhannya yang baik
    Merendahkan suara ketika berbicara
    Ingatlah kita hanya ada satu ibu
    dan satu bapa saja dalam dunia ini...
    dan sekiranya Allah menjemput salah seorang
    atau kedua-duanya, kita tidak akan bertemu lagi dengan mereka
    sehinggalah hari kebangkitan nanti
    Doa anak yang soleh sahaja yang dapat
    meringankan beban seksa ibu dan bapa kita.
    posted by Ahmad Furqan Bin Hj Ismail @ 2:09 PTG  
    2 Comments:
    Catat Ulasan
    << Home
     
    :: Pengumuman ::
    Buat Pengunjung Semua, sebarang cadangan,komentar, atau artikel yang hendak di kongsi. Bolehlaa menghantarnya melalui email : naqruf_njang89@yahoo.com.my. Terima Kasih
    :: About Me ::



    Name: Ahmad Furqan Bin Hj Ismail
    Home: Syari' 30, Sana'a, Yemen
    About Me: Anak kelahiran Bumi Kenyalang (Sarawak). Dan kini menetap di Terengganu. Telah berumahtangga dan mempunyai dua orang cahaya mata. Masih menuntut di Universiti Sains & Teknologi, Yaman.
    See my complete profile
    :: Artikel Ku ::
    :: Archives ::
    :: Rangkaian Web ::
    :: Powered by ::
    Permaya Online

    BLOGGER

    :: Nasib Ummat ::
    Tinta Pena Ini Mengajak Kita Bermuhasabah
    Bukan Menuding Jari
    Tinta Pena ini Untuk Memberi Sedikit Semangat
    Untuk Islam Melangkah Kehadapan Penuh Kebanggaan Menuju Kegemilangan
    Aku Hairan Kemana Perginya
    Pewaris Perjuangan Suci
    Sedangkan Terlalu Banyak Institusi Pengajian Islam
    Yang Mendambakan Akan Lahir Pejuang Terhormat
    Membela Agama Islam
    Kemanakah Mereka Menghilang???
    :: Segalanya Disini ::
    Tunggu Dulu
    :: Slide Show ::
    :: Waktu Solat ::




    :: Update ::
    Coming Soon
    :: Warning ::
    Photobucket
    :: Update ::
    Akan Datang